Tajuk
: lawatan sambil belajar
Tarikh
: 26 Ogos 2014
Tempat
: Muzium Negara
Disediakan oleh : Raja Nurul Shahira Binti Raja Arif
No pendaftaran : 17DHK14F1085
Disediakan oleh : Raja Nurul Shahira Binti Raja Arif
No pendaftaran : 17DHK14F1085
Pada 26 Ogos 2014 yang lalu, kelas
DHK1C dari Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah mengadakan satu lawatan ke
Muzium Negara bertujuan untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat di sana
memandangkan kami sekelas telah mengambil kursus Pengajian Malaysia untuk
semester 1 di politeknik.
Pelajar yang terlibat ialah seramai
37 orang. Lawatan kami juga telah diiringi oleh pensyarah kursus Pengajian
Malaysia iaitu En. Kazar bin Razali. Kami telah bertolak dari politeknik seawal
jam 7 pagi. Sebelum bertolak, kami telah diberikan taklimat ringkas dari En.
Kazar dan diteruskan bacaan doa. Kami tiba di muzium pada pukul 10 pagi.
Kedatangan kami telah disambut oleh seorang lelaki yang berumur tetapi masih
tetap gagah dan bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab beliau. Seumur saya
18 tahun, inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Muzium Negara. Pandangan
pertama saya sewaktu kami sampai di Muzium Negara ialah saya rasa sangat bangga
dan bertuah.
Setelah masuk, kami beratur untuk
mendapatkan tiket. Harga tiket masuk hanyalah RM 2. Jadi saya fikir semua orang
mampu ke sana. Hal ini kerana, hanya dengan RM 2, kita dapat mengetahui tentang
sejarah negara kita. Setelah masuk, kami diperkenalkan kepada seseorang yang
akan menjadi ‘tourist guide’ kami iaitu En. Hisyam. Pandangan pertama saya
terhadap beliau ialah bangga dan hormat. Walaupun beliau agak berumur, tetapi
beliau masih mengingati setiap sejarah di negara kita dan dapat menyampaikan
maklumat kepada kami dengan lebih terperinci. Tambahan pula, beliau sudah lama
berkhidmat di sana.
Muzium Negara mempunyai 4 galeri
utama. Galeri A dan B terletak di tingkat bawah. Manakala Galeri C dan D
terletak di tingkat atas. Pertama, En. Hisyam telah membawa kami ke galeri A.
Menurut En. Hisyam, Galeri A ini berkaitan dengan ‘Sejarah Awal Malaysia, Zaman
Batu dan Pra-sejarah’. Di sini kami dapat melihat bagaimana kehidupan manusia
yang dahulu. Terdapat 4 zaman awal iaitu Paleolitik ( zaman batu awal),
Maseolitik (epi-paleolitik ), Neolitik dan Zaman Logam. Banyak pengetahuan yang
kami dapat di sini. Contohnya, tentang kehidupan mereka, tempat perlindungan
mereka, peralatan yang digunakan dan macam-macam lagi.
Seterusnya kami ke Galeri B yang
dikenali sebagai ‘Kerajaan Awal Melayu’. Antara kerajaan awal melayu ialah
Melaka, Kedah Tua dan lain-lain. Tapi di sini lebih banyak menceritakan tentang
kerajaan Melaka. Melaka sangat terkenal dengan laluan strategiknya,
perdaganganya dan sebagainya. Pedagang dari India, Cina, Arab dan lain-lain selalu datang berdagang di
Melaka.
Lawatan kami diteruskan ke Galeri C
iaitu ‘Penjajahan Koloneal Era Barat Dan Timur’. Di galeri ini menceitakan
tentang bagaimana Tanah Melayu dijajah oleh kuasa barat dan timur. Bermula pada
tahun 1511 sehingga 1641, Tanah Melayu telah dijajah oleh Potugal. 1641
sehingga 1824, Belanda pula datang menjajah Tanah Melayu. Setelah Belanda
berundur, British datang menjajah Tanah Melayu pada tahun 1824 sehingga 1942.
Kekayaan Tanah Melayu juga mendapat perhatian dari penjajah dari timur iaitu
Jepun. Jepun pula telah menjajah Tanah Melayu selama 3 tahun dari tahun 1942
sehingga 1945. Setelah Jepun menyerah kalah, British kembali menjajah Tanah
Melayu dari tahun 1945 sehingga 1957. Selama 447 tahun Tanah Melayu dijajah
disebabkan oleh faktor ekonomi, perluasan kuasa dan sebagainya.
En. Hisyam juga telah membawa kami ke
Galeri D iaitu tentang ‘Malaysia Kini’. Di galeri ini, banyak menceritakan
tentang bagaimana pembentukan Malaysia, bagaimana penggabungan Tanah Melayu
dengan Sabah dan Sarawak. Pada 16 September 1963, terbentuklah Malaysia secara
sah. Selepas melawat keempat-empat galeri, kami dilepaskan untuk menikmati
makan tengahari yang telah disediakan oleh pihak kafeteria Muzium Negara.
Setelah makan, En. Kazar telah melepaskan kami di sekitar kawasan muzium untuk
melawati dan mengumpul apa-apa maklumat yang belum sempat kami dapat sewaktu
penerangan dari En. Hisyam sebentar tadi.
Pada pukul 2 petang, kami telah
bertolak untuk pulang ke politeknik. Sebelum pulang, kami sempat singgah di
Restoran Jejantas Sungai Buloh untuk solat zuhur dan membeli sedikit makanan
untuk bekalan diatas bas. Kami meneruskan perjalanan pada pukul 3 petang. Semua
pelajar tertidur kerana keletihan. Walaupun penat, kami tetap gembira kerana
ini merupakan lawatan yang sangat bermakna. Terlalu banyak pengetahuan yang
kami dapat dan lawatan sebegini sewajarnya dicontohi dan diadakan pada masa
akan datang kepada pelajar lain kerana ia mendatangkan banyak kebaikan dan pengetahuan.
Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Muzium Negara kerana sudi menerima
lawatan kami.
Gambar 1 : Saya sempat bergambar bersama
rakan sekelas, En. Kazar, En. Hisyam dan seorang lagi pegawai muzium.
Gambar 2 : haa.. tengok, pelancong asing
pun datang melawat Muzium Negara tau. Proud be Malaysian!!
Gambar 3 : Antara gambar-gambar yang sempat
diambil di muzium